Wednesday, May 27, 2020

updated 9:43 AM UTC, May 27, 2020

Tidak hanya ingkar PKP, malah berparti dan positif dadah

  • Published in Jenayah


JOHOR, 29 Mac - 
30 individu di Johor ditahan pihak berkuasa selepas ingkar Perintah Kawalan Pergerakan PKP.

Kesemua suspek yang ditahan di 3 unit apartment dekat Johor Bahru, dipercayai terbabit dengan parti persendirian selain kegiatan dadah.

Mendedahkan penahanan itu, Ketua Polis Negeri, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay dengan menyatakan operasi dilaksana Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Johor Bahru Selatan.

Hasil ujian air kencing mendapati 17 daripada mereka, positif dadah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Peraturan 7 Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020.

Sehingga kini, 341 individu yang ingkar PKP, ditahan di seluruh Johor.