Tuesday, 29 September 2020

updated 9:54 AM UTC, Sep 29, 2020

Anggota polis dan nelayan didenda, langgar Perintah Kawalan Pergerakan

  • Published in Jenayah

LUMUT, 25 Mac - Seorang anggota polis dan seorang nelayan didenda RM1,000 setiap seorang oleh Mahkamah Majistret Seri Manjung di Lumut atas kesalahan melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Isnin lalu.

Mohamad Safarrudin Alias, 33 tahun, anggota polis berpangkat Koperal dan Nashrull Awang, nelayan berusia 43 tahun, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Nur Shaqira Ibrahim.

Mohamad Safarrudin didapati bergerak dari Berek Polis Balai Kampung Rapat Ipoh manakala Nashrul dari Lorong Bahagia Kampung Serdang, Sitiawan kira-kira pukul pukul 4.15 pagi pada 23 Mac lalu.

Kedua-dua tertuduh, didakwa di bawah Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 6 bulan atau denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya sekali.