Logo

Lelaki muda ditahan kerana halang tugas polis

SEGAMAT, 20 Mac - Seorang lelaki ditahan kerana enggan beri kerjasama arahan bersurai malah mengeluarkan kata-kata kesat kepada anggota polis yang sedang menjalankan pemantauan "Perintah Kawalan Pergerakan".

Insiden berlaku awal pagi semalam di Segamat, Johor.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Raub Selamat menerusi kenyataan memberitahu, sepasukan anggota polis sedang membuat rondaan dan bertemu dengan 8 lelaki yang sedang berkumpul di tempat awam.

Polis kemudian meminta mereka menyerahkan kad pengenalan untuk pemeriksaan.

7 daripada mereka memberi kerjasama, tetapi suspek yang berusia 27 tahun enggan, malah bertindak agresif dengan menendang dan menyiku muka anggota polis.

Suspek direman 3 hari sehingga esok dan kes disiasat mengikut Seksyen 186/509 Kanun Keseksaan.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.