Logo

Pelbagai jenis dadah dirampas, 4 ditahan

JOHOR BAHRU, 17 Mac - Pelbagai jenis dadah dirampas menerusi 4 serbuan di apartment di Tampoi, Johor Bahru, pada 11 Mac lepas.

4 suspek berusia antara 29 - 48 tahun ditahan bersama 16KG ganja, 2KG heroin, 1KG syabu, 3KG serbuk ecstacy dan 4,950 pil ecstacy.

Kesemua suspek direman hingga 19 Mac depan, bagi membolehkan siasatan dibuat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Ketua Polis Negeri, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay memberitahu sindiket beroperasi sejak Ogos tahun lalu.

Apartment itu dijadikan lokasi pembungkusan dadah bagi pasaran tempatan.

Turut disita, 2 kereta dan wang tunai RM1,600 dengan nilai keseluruhan rampasan sebanyak RM740,000.

Operasi dilakukan pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Johor Bahru Utara.

Bercakap di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, beliau turut menjelaskan 3 suspek didapati mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan pergaduhan.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.