Saturday, March 28, 2020

updated 3:10 PM UTC, Mar 28, 2020

Cubaan seludup rokok putih bernilai lebih RM11 juta dipatahkan Kastam Johor

  • Published in Jenayah

JOHOR BAHRU, 16 Mac - Kastam Johor mematahkan cubaan seludup masuk 10.3 juta batang rokok putih bernilai RM11.3 juta di dalam sebuah kontena di Gelang Patah, Rabu lalu.

Sindiket berselindung di sebalik label alat ganti kenderaan.

Seorang ejen penghantaran lelaki berumur 41 tahun, ditahan bagi membantu siasatan, sebelum dilepaskan dengan jaminan 25 ribu ringgit.

Kesemua rokok tersebut dipercayai dibawa masuk dari China, untuk dipasarkan dalam negeri.

Kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (G), Akta Kastam 1967.