Saturday, March 28, 2020

updated 3:10 PM UTC, Mar 28, 2020

2 beradik ditangkap curi wang tabung masjid untuk beli dadah

  • Published in Jenayah

 

LANGKAWI, 15 Mac - Hanya kerana terdesak untuk membeli dadah, dua beradik tergamak mencuri tabung masjid.

Perbuatan terkutuk itu dilakukan di masjid Al-Falah di Kampung Padang Kadang Langkawi, 10 Mac lalu.

Kedua-dua suspek berusia 15 dan 24 tahun itu berjaya diberkas di rumah mereka di Kampung Bayas, Mukim Ulu Melaka, pukul 3.15 minit pagi semalam.

Menurut Ketua Polis Langkawi, Supritendan Mohd Iqbal Ibrahim, suspek ditahan hasil siasatan berdasarkan rakaman kamera litar tertutup masjid berkenaan dan risikan pihak polis.

Suspek lelaki yang merupakan abang kepada suspek wanita itu mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau termasuk jenayah narkotik manakala adiknya tiada sebarang rekod jenayah lampau.

Kedua suspek ditahan dibawah seksyen 380 Kanun Keseksaan untuk siasatan lanjut.