Wednesday, 26 January 2022

updated 11:13 AM UTC, Jan 26, 2022

Polis tahan 2 lelaki, rampas dadah RM1.9 juta

 



JOHOR BAHRU, 26 Januari- Dua lelaki tempatan dipercayai terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah diberkas bersama sejumlah dadah bernilai RM1.9 juta dalam dua serbuan berasingan di bandar raya ini dan Iskandar Puteri pada 23 Januari lalu.

Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata dua lelaki berusia 31 dan 34 tahun itu ditahan dalam serbuan bermula 4 petang hasil maklumat yang diperolehi menerusi Op Tapis.

Beliau berkata, sindiket dadah berkenaan beroperasi dengan menyorokkan dadah dalam kenderaan
diparkir di Kempas dan di kawasan perumahan Taman Nusa Bestari di sini pada Ahad lalu.

Katanya, suspek berusia 34 tahun berkenaan ditahan bersama syabu seberat 4.06 kilogram (kg) dan 1.1 kg ketamin manakala lelaki berusia 31 tahun itu pula dicekup bersama rampasan ketamin seberat 37.5 kg syabu dan 6.1 kg ketamin.

“Dipercayai dua lelaki ini daripada sindiket yang sama dan dipercayai telah aktif mengedar sejak tahun lepas,” katanya dalam sidang media, di sini.

Beliau berkata, kesemua dadah yang dirampas itu dipercayai boleh digunakan oleh 250,000 penagih.

Sementara itu, Kamarul Zaman berkata hasil ujian saringan air kecing terhadap dua individu itu mendapati kedua-duanya positif dadah jenis methamphetamine serta mempunyai rekod lampau kesalahan jenayah.

Kamarul Zaman berkata kedua-dua individu itu direman selama tujuh hari bermula 24 Januari mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sementara itu, dalam Op Tapis berkenaan, amarul Zaman turut menjelaskan 512 individu di negeri ini termasuk tiga warga asing dari Mynmar dan Indonesia, berusia 20 hingga 50 tahun dipercayai terlibat dalam aktiviti dadah.

Kamarul Zaman menambah, turut dirampas dalam serbuan sama, lima buah kenderaan pelbagai jenis bernilai RM225,000, wang tunai RM1,500 dan barang kemas bernilai RM65,000.

  • Written by Media Baharu
  • Category: Jenayah
  • Hits: 13