Sunday, April 5, 2020

updated 7:39 AM UTC, Apr 5, 2020

Alvin Chong lancar video muzik lagu "Tak Berganti"

KUALA LUMPUR, 15 Feb - Penyanyi terkenal Alvin Chong baru-baru ini melancarkan video muzik rasminya untuk lagu terbaharu berjudul "Tak Terganti".

Lagu itu juga merupakan single ke empat bagi lagu Bahasa Melayu yang dirakamkan Alvin sejak tahun 2016.

Menerusi "Tak Terganti", Alvin bakal menampilkan sahabat baiknya Emma Maembong.

Dilahirkan dan dibesarkan di Gua Musang, Kelantan dan fasih berbahasa Melayu, Hokkien, Mandarin dan Inggeris membuatkan pelantun lagu "Tajam" ini tidak meletakkan isu bahasa sebagai suatu yang perlu disebut atau dipertikai.

"Tak Terganti" menceritakan mengenai kehilangan insan tersayang yang tiada galang ganti ciptaan Ariadinata yang juga vokalis kumpulan Samson dari Indonesia.

  • Ditulis oleh Media Baharu
  • Kategori: Hiburan
  • Jumlah paparan: 283