Wednesday, November 20, 2019
updated 12:35 PM UTC, Nov 20, 2019

Fesyen anak tempatan gegar kota London

LONDON - Rekaan fesyen anak tempatan, iaitu syarikat Lila Majnun terus membanggakan industri fesyen negara apabila terlibat dalam NK Fashion Week London yang diadakan pada 15 September lalu.

Jelas penggemar fesyen, Dato' Emma Ibrahim, fesyen pakaian yang dibawakan oleh Lila Majnun pada kali ini menggunakan kain sarong atau pelikat sebagai pilihan fabrik.Ia sekaligus memberikan erti kebudayaan dan kesenian Melayu dalam fesyen mereka.

Dengan penggunaan fabrik yang lembut dan bermutu, ia turut menampilkan kelas dan keunikkan tersendiri fesyen pakaian yang direka oleh Lila Majnun.

Dato' Emma Ibrahim, yang juga merupakan tokoh korporat yakin syarikat Lila Majnun boleh bergerak lebih jauh dalam industri fesyen di peringkat global berikutan kemampuan dalam menghasilkan kualiti dan mutu pakaian yang cukup diminati oleh seluruh wanita di dunia.

Malah, kejayaan Lila Majnun perlu dicontohi oleh semua anak-anak tempatan yang meminati industri fesyen supaya terus membawa nama negara ke arena antarabangsa.

Dalam NK Fashion Week London yang diadakan di kota London, turut memberikan peluang serta penghormatan kepada Dato' Emma Ibrahim untuk mengayakan fesyen pakaian Lila Majnun di hadapan ribuan peminat fesyen termasuk artis, media, syarikat korporat termasuk Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom (UK), Datuk Mohamad Sadik Kethergany dan isterinya, Datin Jakkie.

Antara penaja utama bagi fesyen Lila Majnun adalah syarikat barangan kemas mewah, Ceres Jewels.

Antara selebriti yang hadir ialah Lizzy Cundy, Chloe Jasmine, Madeline Stuart, Gilian Mckeith dan Natasha Grano.

Fesyen pakaian yang digayakan oleh beliau, memikat hati beliau berikutan kualiti dan kelembutan fabrik memberikan keselesaan kepadanya selain ia membawa satu kelainan kepadanya.

Syarikat Lila Majnun diasaskan oleh anak tempatan, Lila Ruzaini Mohd Hussain, yang juga merupakan usahawan wanita negara.

  • Ditulis oleh Media Baharu
  • Kategori: Hiburan
  • Jumlah paparan: 1008