Tuesday, June 19, 2018
vital-top
updated 8:05 AM UTC, Jun 19, 2018

Penyanyi Natalie Cole Meninggal Pada Usia 65

 

Los Angeles  - Penyanyi Natalie Cole, anak kepada legenda jazz,  Nat King Cole, yang berjaya mengukir kejayaan sendiri dalam muzik R & B seperti  lagu " Our Love " dan " This Will Be" sebelum membuat lagu duet "Unforgettable"  dengan mendiang bapanya melalui kepintaran teknologi, telah meninggal dunia pada usia 65.

Walaupun Natalie Cole pernah menang Grammy dengan kebolehan sendiri, kejayaan besarnyua adalah  pada tahun 1991 apabila dia merakam semula lagu hits klasik ayahnya - dengan bantuan teknologi -"Unforgettable ... With Love."

Lagu itu telah membawa kejayan yang puncak baginya dengan mendapat anugerah Grammy yang pelbagai untuk beliau, termasuk album tahun itu.

Natalie Cole meninggal dunia pada petang Khamis lepas di Cedars-Sinai Medical Center di Los Angeles kerana mengalami komplikasi kesihatan yang berterusan.

  • Ditulis oleh BeritaRTM
  • Kategori: Hiburan
  • Jumlah paparan: 405