Thursday, May 24, 2018
vital-top
updated 1:31 PM UTC, May 24, 2018

Star Wars Tewaskan Titanic,Jurassic World

London - Filem "Star Wars: The Force Awakens" memecahkan rekod box office tahun baharu ini dengan kutipan pendapatan sebanyak 34.5 juta dolar di Amerika Syarikat pada Jumaat, menjadikan kutipan filem tersebut di pasaran negara itu sebayak 686,5 juta dolar AS hanya dalam tempoh 15 hari selepas tanyangan, menurut Box Office Mojo.

Filem garapan pengarah JJ Abrams itu menjadi filem dengan pendapatan tertinggi di antara tujuh filem Star Wars yang lain sekaligus berjaya menewaskan filem "Jurassic World"  dengan nilai pendapatan sebanyak 652,3 juta dolar AS pada 2015 selain filem "Titanic" dengan kutipan 658,7 juta dolar AS tahun 1997.

"The Force Awakens" juga menjadi filem dengan jualan domestik terbesar kedua sepanjang masa selepas "Avatar", yang menjuarai box office sepanjang zaman dengan pendapatan domestik 760,5 juta dolar AS tahun 2009.

Star Wars turut tercatat sebagai filem paling laris sepanjang zaman ketujuh di seluruh dunia dengan hasil jualan tiket global sekitar 1.4 bilion dolar AS.

 

 

  • Ditulis oleh BeritaRTM
  • Kategori: Hiburan
  • Jumlah paparan: 541