Tuesday, April 24, 2018
vital-top
updated 12:17 PM UTC, Apr 24, 2018

Mayat Penyanyi Craig Strickland Dijumpai Selepas Keluar Memburu

Oklahoma - Misi mencari penyanyi Country, Craig Strickland yang dilaporkan hilang selepas keluar memburu itik beberapa hari lalu dihentikan, berikutan penemuaan mayatnya pada Isnin di kawasan asal pencarian, Bear Creek Cove.

 

Memetik laporan USA Today, Strickland, 29, penyanyi utama kumpulan Backroad Anthem, dilaporkan hilang 27 Disember bersama kawannya, Chase Morland di Kaw Lake, utara Tulsa, Oklahoma.

 

Bot yang dinaiki kedua mangsa dipercayai terbalik akibat cuaca buruk.

 

Mayat Chase Morland bagaimanapun telah dijumpai Isnin lalu di dalam tasik.  

 

Sebelum ini, Chase Morland sempat memuat naik status di twitternya bahawa dia dan Craig akan melalui perjalanan yang berisiko untuk memburu itik di Oklahoma.

  • Ditulis oleh BeritaRTM
  • Kategori: Hiburan
  • Jumlah paparan: 315