Wednesday, November 20, 2019
updated 12:42 PM UTC, Nov 20, 2019

Lima peserta berentap kemuncak Bintang Kecil Zon Utara 2019 esok

LANGKAWI - Lima peserta akhir kini telah bersedia untuk beraksi pada kemuncak pertandingan Bintang Kecil Zon Utara 2019, malam esok. 

Langkawi yang menjadi tuan rumah buat julung kalinya kini giat melakukan pelbagai persiapan rapi menjelang pertandingan akhir berkenaan. 

Penerbit Bintang Kecil Zon Utara 2019 Lynn Anim berkata, sesi perkenalan peserta dimulakan dengan teknik pernafasan di dalam air sebagai latihan asas kepada nyanyian.

Beliau ditemui RTM semasa Pra Bintang Kecil Zon Utara 2019 di Hotel Aseania Langkawi.

Kesemua mereka yang mewakili Zon Utara adalah dari negeri Perak, Pulau Pinang, Perlis, Kedah dan Langkawi. 

Dengan tema Panggilan Pulau, peserta akan menyanyikan dua buah lagu secara solo dan berduet dengan penyanyi tempatan. 

Kemuncak pertandingan nyanyian itu akan bermula pada pukul 9 malam dan akan disiarkan secara langsung menerusi laman rasmi Facebook RTM Langkawi. 
  

 

  • Ditulis oleh Media Baharu
  • Kategori: Hiburan
  • Jumlah paparan: 424