Friday, November 22, 2019
updated 4:01 PM UTC, Nov 22, 2019

Emma Watson Beri Sokongan Pelakon Teater Harry Potter

London - Pelakon Emma Watson menunjukkan sokongan kepada Noma Dumezweni yang memegang watak  Hermione Granger dalam teater Harry Potter and The Curses Child.

 

"Tidak sabar melihat Naomi Dumezweni jadi Hermione di panggung tahun ini," tulis EmWatson dipetik laman NME Music.

 

Pemilihan Dumezweni sebagai Hermione Granger tidak mendapat sokongan peminat kerana berkulit hitam.

 

Harry Potter and The Cursed Child mengisahkan Harry Potter dan sahabat karibnya, Ron Weasley dan Hermione Granger yang bekerja di Kementerian Sihir.

 

Pelakon Jamie Parker dan Paul Thornley masing-masing memainkan peranan sebagai Harry Potter dan Ron Weasley.

 

Teater tersebut akan diadakan di Palace Theatre, London pada 30 Julai ini.

 

  • Ditulis oleh BeritaRTM
  • Kategori: Hiburan
  • Jumlah paparan: 715