Saturday, April 4, 2020

updated 10:38 AM UTC, Apr 4, 2020

Priyanka Chopra Juarai Aktres Pilihan People's Choice Award

Los Angeles - Aktres Bollywood Priyanka Chopra memenangi anugerah dalam People's Choice Award sekaligus menjadi pelakon pertama dari Asia Selatan yang menerima anugerah berkenaan.

Memetik laporan The Indian Express, Priyanka yang memengang watak sebagai agen FBI dalam drama bersiri Amerika Syarikat, Quantico, memenangi anugerah aktress pilihan.

Turut tercalon dalam kategori yang sama Emma Roberts, Jamie Lee Curtis, Lea Michele dan Marcia Gay Harden.

Priyanka turut berkongsi kegembiraannya di laman Twitternya dan melahirkan rasa terima kasih kepada peminat yang mengundinya.

"Saya sangat bernasib baik. Terima kepada semua orang yang telah mengundi untuk People Choice Award. Kepada kelab peminat PCManiacs, saya bukan sesiapa tanpa anda," tulisnya.

Pemenang lain di anugerah itu termasuk bintang pop Taylor Swift dan Justin Bieber, dan Jim Parsons dari The Big Bang Theory.

  • Ditulis oleh BeritaRTM
  • Kategori: Hiburan
  • Jumlah paparan: 330