Friday, December 13, 2019
updated 2:26 PM UTC, Dec 13, 2019

Steve Harvey Mengaku Masih Sukar Menghubungi Ratu Colombia

Las Vages - Hos Pertandingan Ratu Cantik Dunia 2015, Steve Harvey masih tidak dapat melupakan kesilapannya mengumumkan Ratu Colombia, Ariadna Guttierez sebagai pemenang yang sepatutnya gelaran itu dimenangi oleh Ratu Filipina, Pia Alonzo Wurtzbach Disember lalu.

Stave mengaku miskipun telah memohon maaf, dia masih lagi berusaha untuk menghubungi kedua-dua ratu cantik berkenana.

"Saya tidak merasa kasihan untuk diri saya, saya tidak merasa kasihan untuk pertandingan ini ... Penyesalan saya hanya kepada perasaan para wanita ini," kata Steve Harvey dipetik Morning Show.

Steve mendedahkan bahawa dirinya sudah cuba menghubungi Ariadna Gutierrez namun belum berjaya.

"Hanya dia yang belum dapat saya hubungi.

"Saya sudah berkesempatan bicara dengan Miss Phillipines. Saya sudah bercakap kepada seluruh pihak yang terbabit dalam pertandingan ini. Saya sudah bercakap dengan orang di belakang panggung. Malah saya dan pengarah terlibat dalam perbualan panjang. Namun saya belum boleh menghubungi dan berbicara dengan Miss Colombia. Sudahkah saya cuba? Iya. Tapi belum mendapat jawapan", tambahnya lagi.

Sebelum ini, Ariadna Guiterrez dalam temubualnya dengan Univision, seperti yang dilaporkan oleh ABC News mengaku dirinya menangis selesai acara itu berlangsung.

"Dalam 4 minit, mereka menghancurkan impian anda, mereka buang ke dalam beg dan mereka membuangnya ke dalam tong sampah".

"Mereka boleh saja melakukannya dengan cara lain .. Saya merasa bahawa mereka tidak mempedulikan perasaan seorang wanita yang telah bekerja seumur hidupnya untuk sebuah impian," ungkap Ariadna.

 

  • Ditulis oleh BeritaRTM
  • Kategori: Hiburan
  • Jumlah paparan: 484