Sunday, January 21, 2018
vital-top
updated 1:09 AM UTC, Jan 21, 2018

Justin Timberlake Kembali Berlakon

Los Angeles - Penyanyi dan pelakon Justin Timberlake akan kembali berlakon serta menulis dan membawalagu latar untuk filem animasi muzikal "Trolls".

 

"Filem ini sangat istimewa, dan saya tidak sabar menunggu semua orang menikmatinya," kata pelantun "Rock Your Body" itu.

 

Pemuzik dan pelakon berusia 34 tahun itu akan berperanan sebagai Branch, yang melakukan perjalanan dengan Princess Popy lakonan Anna Kendrick.

 

"Justin seniman serba boleh dan produser yang bakat kreatifnya memberikan suara bunyi dan unik untuk filem kami," kata DreamWorks dalam satu kenyataan.

 

Ini akan menjadi filem pertama Timberlake sejak kelahiran anak lelaki pertamanya dengan Jessica Biel bulan April lalu.

 

  • Ditulis oleh BeritaRTM
  • Kategori: Hiburan
  • Jumlah paparan: 366