Sunday, 24 January 2021

updated 11:37 AM UTC, Jan 24, 2021

ANAM 2020 platform kembang seni nasyid ke persada antarabangsa

KUALA LUMPUR, 17 Disember - Anugerah Nasyid Malaysia (ANAM 2020) yang bakal disiarkan secara langsung di TV1 pada 27 Disember ini dilihat platform berkesan bagi para penggiat seni nasyid untuk dikenali di peringkat antarabangsa.

Prospek itu diakui kumpulan Rabbani.

Menurut salah seorang ahlinya, Mohd Asri Ubaidullah, selain menjadi motivasi kepada pemain industri dalam menghasilkan karya terbaik, ANAM wajar dijadikan penanda aras bagi mengembangkan bakat pengkarya tempatan.

Melalui ANAM, peluang kerjasama bersama komposer luar negara menjadi lebih mudah.

Menurut seorang lagi anggota Rabbani, Azadan Abdul Aziz, kumpulannya kini turut menjalin kolaborasi dengan program hiburan nasyid Kanada yang mengadakan rakaman secara dalam talian.

ANAM 2020 pada 27 Disember ini menerima 589 pencalonan untuk dipertanding dalam sembilan kategori.

  • Ditulis oleh Media Baharu
  • Kategori: Hiburan
  • Jumlah paparan: 303