Friday, February 21, 2020

updated 3:33 PM UTC, Feb 21, 2020

Dua lagenda rock tanah air bakal gegarkan 'Konsert Kembara Kita' di Istana Budaya

 

ANGKASAPURI, 25 Jan - Biarpun sudah di gelar 'otai' dalam dunia seni suara, namun Datuk Ramli Sarip dan Ella tetap komited menghadiri latihan sebagai persiapan terakhir untuk konsert berskala besar yang akan diadakan di Istana Budaya.

Dua lagenda rock tanah air itu bakal menggegarkan 'Konsert Kembara Kita' pada 14 dan 15 Februari depan.

Ditemui selepas menjadi tetamu program Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri awal pagi tadi; Datuk Ramli Sarip menyatakan konsert cetusan idea dari sahabat yang juga pemain gitar terkenal iaitu Allahyarham Fauzi Samin atau Aji itu akan diiringi barisan pemuzik berpengalaman dengan hampir 25 buah lagu bakal dipersembahkan.

Konsert selama dua jam setengah itu menampilkan dua segmen iaitu persembahan solo dan duet dengan pelbagai kejutan.

Buat peminat dua lagenda rock ini jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan tiket di laman sesawang www.ilassotickets.com atau hubungi talian hotline 03-21706333.

 

  • Ditulis oleh Media Baharu
  • Kategori: Hiburan
  • Jumlah paparan: 346