Monday, 28 September 2020

updated 11:57 PM UTC, Sep 27, 2020

Ika Nabella,Tunang Bakal Nikah Julai Ini

Kuala Lumpur - Pelakon, Ika Nabella merancang untuk melangsungkan perkahwinan dengan tunangnya, Muhammad Zaid, Julai depan.

 

"Setakat ini, apa yang pasti , kami berkahwin pada bulan Julai. Cuma tarikh belum dapat dipastikan buat sementara waktu," katanya dipetik BH Online.

 

Tambah Ika, majlis pernikahan akan diadakan di Pulau Pinang sementara majlis resepsi di Kuala Lumpur.

 

Bintang kelahiran Akademi Fantasia musim keenam ini bagaimanapun belum memikirkan tema perkahwinan namum akui mahu mengikut tema peredaran masa. 

  • Ditulis oleh BeritaRTM
  • Kategori: Hiburan
  • Jumlah paparan: 454