Wednesday, 15 July 2020

updated 1:37 PM UTC, Jul 15, 2020

Persembahan Muzik Bulanan DBKL Untuk Warga Kota

Kuala Lumpur - Warga kota terus berpeluang menikmati hiburan percuma menerusi Program Muzik Bulanan 'Sayangi Kuala Lumpur' yang menampilkan artis-artis popular tanah air.

Uniknya program hiburan itu diadakan di taman-taman reakrasi dan riadah di sekitar ibu kota yang menampilkan pelbagai tema muzik berbeza setiap bulan.

Timbalan penerbit program tersebut, Albert Nathar berkata Unit Muzik Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Sukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah melaksanakan program itu sejak Febuari lepas.

"Program sekali sebulan itu juga diselitkan dengan kuiz berkaitan DBKL dan Kuala Lumpur sekaligus dapat meningkatkan pemahaman orang ramai mengenai ibu negara Malaysia," katanya kepada pemberita di sini.

Program bulan Mei diadakan di Taman Tasik Titiwangsa semalam.

Program bertemakan era 60an itu menampilkan artis-artis veteran seperti Datuk L. Ramlie, Fatimah M. Amin, Rodziah Latif dan A. Rahman Onn.

"Pengunjung juga dapat menikmati suasana alam flora dan fauna di Taman Tasik Titiwangsa yang juga sentiasa meriah dengan pelbagai aktiviti riadah," katanya.

Menurutnya, program yang sama juga bakal diadakan di kawasan-kawasan perumahan Projek Perumahan Rakyat dan Perumahan Awam DBKL bagi memberi peluang kepada belia menyerlahkan bakat masing-masing.

"Program itu akan diadakan selepas Hari Raya Aidilfitri melalui kerjasama Majlis Gabungan Penduduk DBKL Wilayah Persekutuan bagi mencungkil bakat anak-anak muda ibu kota," katanya.

  • Ditulis oleh BeritaRTM
  • Kategori: Hiburan
  • Jumlah paparan: 532