Wednesday, February 19, 2020

updated 2:24 PM UTC, Feb 19, 2020

Scha Alyahya selamat jalani pembedahan buang ketumbuhan dalam rahim


Foto - FB Scha Alyahya

KUALA LUMPUR - Pelakon dan pengacara, Scha Alyahya selamat menjalani pembedahan membuang ketumbuhan (endometeosis) dalam rahimnya di sebuah pusat perubatan di ibu negara, baru baru ini.

Aktres, model jelita dan isteri kepada selebriti popular Awal Ashaari itu juga turut melahirkan rasa syukur dan mengimpikan zuriat setelah melahirkan anak sulung mereka, Lara Alana hampir tujuh tahun yang lalu.

Pemilik nama sebenar Sharifah Nor Azean binti Syed Mahadzir Alyahya berusia 37 tahun itu dikatakan sering mengalami sakit pinggang dan sakit perut yang berpanjangan ketika datang bulan.

Menurutnya, sebelum ini pada tahun 2013 Scha pernah menjalani pembedahan yang sama namun atas sebab faktor pemakanan ia menjadi punca ketumbuhan yang terbaru kali ini.

  • Ditulis oleh Media Baharu
  • Kategori: Hiburan
  • Jumlah paparan: 752