Tuesday, September 26, 2017
vital-top
updated 2:37 PM UTC, Sep 26, 2017

Penyanyi Shawn Mendes Lancar Kutipan Dana Dalam Talian Untuk Mangsa Gempa Bumi Mexico

Penyanyi Shawn Mendes telah melancarkan kutipan dana dalam talian untuk membantu mereka yang terjejas oleh gempa bumi yang melanda Mexico beberapa hari selepas beliau terselamat dari gempa menjelang pertunjukan yang jadual di Mexico City, kejadian yang disebutnya "cukup menakutkan."

Pengubah lagu serta penyanyi dari Kanada dan pengurusnya, Andrew Gertler, telah berusha memulakan kutipan danadan ianya bermula dengan sumbangannya sebanyak US$ 100,000 kepada dana itu melalui landasan dalam talian ¨Crowdrise GoFundMe¨.

Sumbangan wang itu akan "terus langsung ke bantuan bencana di Mexico" melalui Persatuan Palang Merah Amerika.

Dalam satu e-mel kepada The Associated Press, Mendes berkata dia berada di hotelnya dan sedang bersiap untuk pertunjukkan pada hari berikutnya apabila gempa bumi itu melanda.

"Keseluruhan bangunan itu gegar kuat tetapi kami bernasib baik kerana berada di bangunan yang cukup kuat untuk menahannya," beliau tulis.

"Pada mulanya saya tidak tahu apa yang berlaku, selepas kira-kira 30 saat, saya yakin bahawa ia adalah gempa bumi. Tidak lama selepas itu kami mendengar siren dan pengumuman pemindahan kecemasan dari hotel, dan kami dapat keluar ke jalan dengan selamat. "

"Terdapat ramai orang di jalanan yang cuba selamat diri mereka dan semasa kami berjalan, kami menyaksikan beberapa buah bangunan yang telah runtuh, tingkapnya meletup di jalanan," tulisnya.

"Saya mahu pulang ke bandar Mexico City secepat mungkin. Ia adalah bandar yang luar biasa dan rakyatnya begitu kuat dan berdaya tahan, "katanya.

(Sumber - AP)

  • Jumlah paparan: 27