Tuesday, October 17, 2017
vital-top
updated 7:20 AM UTC, Oct 17, 2017

Amy Mastura Jual Tudung

Kuala Lumpur - Penyanyi, Amy Mastura kini berkecimpung dalam bidang perniagaan tudung menggunakan jenama Amy Mastura by ezalha. 

 

Perniagaan dengan kerjasama pereka fesyen dan jurumekap, Ezal dan Alha itu dilancarkan baru-baru ini dengan menyediakan 12 koleksi yang menggunakan nama judul lagu popular Amy. Antara koleksi di bawah rangkaian Amy Mastura by ezalha iaitu Sha Na Na, Menari Lerr, Kasih, Puteri, Bicara Hati dan Jawapan Kasih. 

 

“Terus terang saya memang tidak berminat untuk buat bisnes sendiri kerana tiada kepakaran khusus dalam bidang berkenaan. “Tapi disebabkan kepercayaan kepada Ezal dan Alha, mereka yang mendorong saya untuk terlibat dalam bidang ini. 

 

“Saya berlapang dada untuk melakukan satu lagi perubahan dalam hidup dengan mempelajari selok belok dalam bidang perniagaan. 

 

“Biarpun secara kecil-kecilan, tak mengapa asalkan ilmu yang saya pelajari itu bermanfaat untuk diri sendiri pada masa depan,” kata Amy dipetik Utusan Online. 

  • Jumlah paparan: 2842