Thursday, August 16, 2018
vital-top
updated 8:36 AM UTC, Aug 2, 2018

Seniman Sambut Baik Usaha Menteri Komunikasi dan Multimedia

Foto - Facebook Gana Sebastian

KUALA LUMPUR - Pengusaha industri perfileman tempatan menyambut baik usaha Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo membuka peluang untuk memberikan idea untuk membangunkan industri tersebut.

Jelas Pengarah dan Pelakon Filem Tamil Tempatan, Gana Pragasam Sebastian, lebih banyak perubahan harus dilakukan dalam usaha pembangunan industri perfileman tempatan. Antaranya ialah penyiar seperti stesen televisyen perlu bersikap adil dalam pembelian filem atau drama tempatan dan tidak hanya memberikan peluang kepada hanya satu pihak.

Foto - Facebook Gana Sebastian

Pihak penyiar juga perlu memberikan keutamaan kepada filem atau drama tempatan supaya ia dapat membantu golongan artis untuk membangun.

Tambah Gana lagi, syarikat tempatan juga perlu tampil untuk  membuat pelaburan di dalam industri perfileman tempatan dan bukan hanya kepada filem luar negara. Beliau juga yakin sokongan syarikat tempatan amat perlu dalam membangunkan industri berkenaan.

Foto - Facebook Gana Sebastian

Gana yang pernah memenangi 7 anugerah terbaik dalam perfileman tempatan juga memohon agar pihak Kementerian Komunikasi dan Multimedia mewujudkan satu tabung khas yang dinaungi oleh menteri dalam membantu golongan artis yang mengalami masalah kewangan dan kesihatan yang kritikal. Ia juga dapat meningkatkan taraf hidup artis.

Bagi seniman yang telah meninggal dunia dan dilupakan oleh dunia perfileman perlu diberikan perhatian seperti mewujudkan muzium bagi mereka yang telah mengharumkan sektor tersebut.

Foto - Facebook Gana Sebastian

((RTM/JAYSREE))

  • Ditulis oleh BeritaRTM
  • Kategori: Hiburan
  • Jumlah paparan: 593