Friday, December 15, 2017
vital-top
updated 8:49 AM UTC, Dec 15, 2017

Generasi Muda Kreatif Disaran Hasilkan Karya Digital

  • Published in Hiburan

KOTA KINABALU - Generasi muda kreatif disaran menghasilkan karya berbentuk digital yang dilihat mampu menjana pendapatan lumayan.

Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Sabah Datuk Siringan Gubat berkata bakat kreatif dimiliki generasi muda tidak wajar dipersiakan, sebaliknya diketengahkan melalui penglibatan dalam pembikinan filem pendek, dokumentari, iklan dan animasi.

Beliau berkata pada Festival Filem Sabah anjuran kementeriannya di sini.

Teks ucapan beliau dibacakan pembantu menterinya Datuk Hamisa Samat.

Siringan berkata 134 karya filem pendek, dokumentari dan animasi menyertai festival itu yang berlangsung selama tiga hari sejak Rabu lepas.

Beliau berkata program itu bakal diteruskan tahun depan, dan diharap jumlah penyertaan akan turut meningkat.