Friday, December 15, 2017
vital-top
updated 8:49 AM UTC, Dec 15, 2017

Leonard Cohen Meninggal Dunia Pada Usia 82 Tahun

  • Published in Hiburan

LOS ANGELES - Penyanyi dan penggubah terkenal Kanada, Leonard Cohen meninggal dunia pada usia 82 tahun.

Pengurusan Cohen dalam satu kenyataan berkata upacara memperingati akan diadakan di Los Angeles pada satu tarikh yang akan ditetapkan.

Butiran lanjut mengenai kematiannya tidak dimaklumkan.

Cohen menghasilkan beberapa lagu hit seperti 'Hallelujah', 'Suzanne' dan 'Bird on a Wire'.