Friday, December 15, 2017
vital-top
updated 8:49 AM UTC, Dec 15, 2017

Brad Pitt Bebas daripada Dakwaan Dera Anak

  • Published in Hiburan

LOS ANGELES - Siasatan dakwaan aktor Brad Pitt bertindak kasar terhadap anaknya dalam satu penerbangan peribadi September lalu, sudah ditutup tanpa sebarang bukti berlakunya penderaan.

Menurut sumber yang rapat dengan sisatan itu, Pitt, 52, memberi kerjasama penuh semasa siasatan menyeluruh dijalankan oleh Jabatan Kanak-kanak dan Keluarga Daerah Los Angeles berhubung tuduhan Pitt mengasari anak sulung mereka, Maddox.

Pitt dan Jolie berkahwin selama dua tahun selepas hidup bersama selama 12 tahun selepas bersama-sama terlibat dalam filem Mr.&Mrs Smith pada 2005.