Friday, December 15, 2017
vital-top
updated 8:49 AM UTC, Dec 15, 2017

"The Bloom of Yesterday" Menang Anugerah Tokyo Grand Prix TIFF

  • Published in Hiburan

TOKYO - Filem "The Bloom of Yesterday," arahan Chris Kraus dari Jerman memenangi anugerah Tokyo Grand Prix Festival Filem Antarabangsa Tokyo ke-29 (TIFF), yang berlangsung dari 25 Oktober hingga 3 November.

Sebanyak 206 filem ditanyangkan pada TIFF tahun ini dengan 60,589 peminat filem hadir pada festival berkenaan.

Anugerah bagi Pelakon Wanita Terbaik dimenangi oleh Lene Cecilia Sparrok untuk filem "Sami Blood",  sementara Pelakon Lelaki Terbaik dianugerahkan kepada Paolo Ballesteros bagi filem "Die Beautiful"