Tuesday, 18 January 2022

updated 4:45 AM UTC, Jan 18, 2022

Penggiat seni perlu hindari perselisihan faham demi kemajuan industri perfileman tanah air

  • Published in Hiburan

KUALA LUMPUR, 2 Disember - Penggiat seni perlu mengetepikan perbezaan ideologi dan hindari perselisihan faham demi kemajuan industri perfileman tanah air.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, percanggahan pendapat harus diselesaikan secara harmoni sejajar misi kerajaan mempromosi konsep Keluarga Malaysia.

Beliau berkata pada sidang media Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-31 di Mutiara Damansara.