Wednesday, 21 April 2021

updated 7:33 AM UTC, Apr 21, 2021

Alhamdulillah, tampilkan semula kumpulan Elite

  • Published in Hiburan

KUALA LUMPUR, 4 April - Anggota kumpulan wanita, Elite akan tampil dengan 'single' terbaharu.

Pernah mencetuskan fenomena tersendiri dalam industri hiburan tanah air 25 tahun lalu, kini kumpulan Elite kembali.

Setelah ura-ura penggabungan seringkali tertunda kerana komitmen masing-masing, akhirnya 2021 menyatukan mereka melalui single terbaharu bercorak kerohanian berjudul Alhamdulillah.

Lebih menarik, Alhamdulillah muncul dikala umat Islam bakal menyambut Ramadan seminggu sahaja lagi.

Single Alhamdulillah ciptaan Noura dan Rayyan Rayhan itu diterbitkan oleh Imaan Music iaitu label Islamik di bawah KRU Music dan bakal dilancarkan di semua platform digital pada 19 April depan.