Sunday, 17 January 2021

updated 12:18 PM UTC, Jan 17, 2021

Galeri Seni Piring Hitam pamer ribuan koleksi menarik peminat muzik

  • Published in Hiburan

KANGAR, 28 Disember - Galeri Seni Piring Hitam milik seorang peminat muzik di Perlis mempamerkan lebih 5,000 koleksi peribadi piring hitam, CD, kaset dan album.

Mula ditubuhkan sejak 2010, Mushtari Mohamad berkongsi minat yang sama dengan arwah bapanya.

Jelasnya, ia bertujuan mengekalkan memori generasi terdahulu yang perlu dikenali dan dihargai generasi masa kini.

Lebih mengagumkan, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail turut berkenan mengunjung galeri berkenaan sempena program MAIPs Peduli di sekitar Kangar.