Sunday, 17 January 2021

updated 1:37 PM UTC, Jan 17, 2021

Lagu Ittihad nyanyian Rabbani dinobat lagu nasyid terbaik dalam ANAM 2020

  • Published in Hiburan

KUALA LUMPUR, 28 Disember - Anugerah Nasyid Malaysia (ANAM 2020) menjadi trending malam tadi dengan lebih 167,000 tontonan di laman Facebook RTM yang dipancarkan secara langsung bermula 9 malam.

Kejayaan tersebut layak dijadikan titik tolak bagi penganjuran ANAM peringkat antarabangsa tahun hadapan.

11 kategori dipertandingkan termasuk dua kategori khas membuktikan elemen irama nasyid turut memiliki stigma tersendiri.

Ia berikutan usaha jitu Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan MUNSYID Malaysia dalam usaha memartabatkan irama kontemporari dakwah ke arena antarabangsa.

ANAM 2020 turut menerima 589 pencalonan pada peringkat awal sebelum disenarai pendekkan.

Artis Nasyid Pilihan dimenangi kumpulan Inteam manakala bagi kategori Nusantara menyaksikan kumpulan popular Indonesia Sabyan menjadi pilihan pengundi.

Anugerah kemuncak bagi kategori Lagu Nasyid Terbaik telah dimenangi oleh Kumpulan Rabbani dengan lagu Ittihad yang turut dinobatkan sebagai Vokal Nasyid Terbaik 2020.

Lagu yang diterbitkan pada tahun 2018 itu ditulis Ito Lara dan pencipta lagu Daqmie.