Saturday, 23 January 2021

updated 8:52 AM UTC, Jan 23, 2021

40 syarikat produksi terima dana RM13.927 juta

  • Published in Hiburan

KUALA LUMPUR, 25 November - 40 syarikat produksi menerima surat tawaran Pelan Langkah Segera Ekonomi Industri Kreatif (PELAKSANA) Dana Kandungan Digital (DKD) yang keseluruhannya bernilai RM13,927,000 daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

Surat tawaran tersebut diserahkan secara maya oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), Datuk Saifuddin Abdullah.

Dalam sesi tersebut, beliau sempat menyeru semua syarikat tempatan dapat menghasilkan karya kreatif yang lebih berkualiti, sekali gus menyuarakan cadangan membelanjakan dana tersebut mengikut kaedah pembahagian 5P.

Beliau berharap dalam Rancangan Malaysia Ke-12 tahun hadapan, kerajaan dapat memperuntukkan RM550 juta untuk DKD bagi merancakkan industri kreatif termasuk filem, muzik dan animasi.