Saturday, 24 October 2020

updated 8:47 AM UTC, Oct 24, 2020

KKMM mahu wujud akta khusus, lindungi industri muzik negara

  • Published in Hiburan


KUANTAN, 1 Ogos- 
Kementerian Komunikasi dan Multimedia akan mewujudkan akta khusus bagi tujuan melindungi industri muzik negara.

Menterinya, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, industri muzik ketika ini tidak mempunyai akta khusus berbanding industri filem yang mempunyai Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981.

Bagi tujuan itu beliau akan melantik pegawai untuk menyediakan draf awal akta yang dijangka dapat disiapkan akhir tahun ini.

"Ianya memerlukan perbincangan bersiri kerana melibatkan bukan hanya satu kelompok dalam industri ini."

"Beberapa kelompok besar harus diketengahkan seperti penyanyi, komposer, penulis lirik, kita hendak pastikan tiada yang tertinggal atau tidak dirujuk."

Datuk Saifuddin ditemui media pada Program Korban di Masjid Salahuddin Al-Ayyubi, di Indera Mahkota 15, Kuantan, Pahang. 

Mengulas lanjut, beliau berkata, cadangan mewujudkan akta baharu itu turut disuarakan oleh penggiat muzik tanah air dalam beberapa siri pertemuan sebelum ini.