Saturday, 24 October 2020

updated 9:53 AM UTC, Oct 24, 2020

'Standing in the Eyes of the World' dipilih sempena sambutan kemerdekaan AS

  • Published in Hiburan

 

KUALA LUMPUR, 5 Julai - Muzik kini tidak sekadar hiburan namun ia juga diangkat sebagai bahasa sejagat yang mampu menyatukan semua golongan manusia.

Pihak Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia melancarkan rakaman terbaharu lagu terkenal 'Standing in the Eyes of the World' bagi meraikan Hari Kemerdekaan Amerika Syarikat 4 Julai lalu.

Lagu digubah pencipta asal Datuk Wah Idris dengan kerjasama penyanyi terkenal David Gates dan penulis lirik Habsah Hassan ini, turut diberi nafas baharu oleh komposer Helen Yap.

'Standing In The Eyes' versi baharu ini turut menerima sentuhan Nick Lee bagi tujuan susunan muzik.

Penyanyi asalnya ratu rock tempatan negara, Ella turut terlibat merakam semula lagu berkenaan, selain Zee Avi.

Turut membuat penampilan istimewa antaranya, bekas pemain gitar utama Guns N’Roses, Ron "Bumblefoot" Thal dan pemain gitar Tony Memmel, serta beberapa vokalis terkenal negara barat.

Lagu dan Video klip berdurasi 4 minit itu hasil usaha Duta Besar Amerika Syarikat di Malaysia, Kamala Shirin Lakhdhir bagi memanfaatkan hubungan diplomatik kedua-dua negara.

Ia turut menampilkan pemain seruling tradisional Malaysia 'Mohar' dan pemain perkusi dari Angkatan Tentera Udara AS, Band Of The Pacific.