Sunday, January 19, 2020
updated 1:23 AM UTC, Jan 19, 2020

Ahmad Dhani dibebaskan dari penjara

  • Published in Hiburan

JAKARTA - Penyanyi Indonesia , Ahmad Dhani dibebaskan semalam dari penjara Cipinang , Jakarta Timur.

Sebelum ini dia dihukum penjara 18 bulan selepas didapati bersalah menyebarkan mesej berunsur kebencian di laman Twiter.

Ahmad Dhani atau nama sebenarnya Dhani Ahmad Prasetyo, 46 tahun disambut puluhan peminatnya yang sedia menunggu di luar bangunan penjara.

Beliau yang juga bekas anggota Kumpulan Dewa 19 menyatakan syukur dengan pembebasan itu.

Beliau sepatutnya dibebaskan dari penjara pada Januari 2020 namun dipendekkan kepada 30 Disember ini.