Tuesday, October 17, 2017
vital-top
updated 7:20 AM UTC, Oct 17, 2017

Pesta Loy Krathong Dan Songkran Perlu Diperkasakan

PASIR MAS - Pesta Loy Krathong dan Songkran yang disambut oleh masyarakat Siam perlu dipelihara dan diperkasakan bagi menambah kepelbagaian kesenian dan kebudayaan di negara ini.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata kementeriannya menggalakkan pesta berkenaan sebagai acara tahunan bagi memastikan ia terus berkembang khususnya dalam kalangan generasi muda.

Beliau berharap perayaan masyarakat Siam itu turut menyumbang kepada sasaran kedatangan pelancong seramai 31.8 juta orang ke negara ini dengan anggaran pendapatan RM118 bilion tahun ini.

Beliau berkata selepas merasmikan Pesta Loy Krathong Peringkat Negeri Kelantan di Wat Uttamaram, Kampung Teresek.

Pesta Loy Krathong membawa maksud yang tersendiri iaitu "Loy" dalam bahasa Siam bermaksud hanyut manakala krathong ialah menghayutkan bunga teratai.

 

Sumber : BERNAMA