Tuesday, October 17, 2017
vital-top
updated 7:20 AM UTC, Oct 17, 2017

13 Filem Asia Tenggara Akan Dipaparkan Di TIFF

KUALA LUMPUR  - Edisi ke-30 Festival Filem Antarbangsa Tokyo (TIFF 2017) mengumumkan barisan penuh untuk 'CROSSCUT ASIA #04 What's Next From Southeast Asia'.

Siri CROSSCUT ASIA menampilkan pembuat filem muda dari Asia Tenggara yang disyorkan oleh maestro di rantau ini, dengan kerjasama Pusat Asia Yayasan Jepun.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh TIFF 2017, CROSSCUT ASIA akan mempamerkan filem Asia dengan tumpuan kepada negara, pengarah atau tema tertentu.

Berikutan tiga edisi terdahulu, yang menampilkan Thailand, Filipina dan Indonesia, edisi keempat akan merangkumi kawasan Asia Tenggara yang lebih besar bagi menandakan ulang tahun ke-50 pembentukan ASEAN.

Edisi keempat ini akan memperkenalkan 13 filem dari Asia Tenggara, termasuk sembilan filem cetera dan empat filem pendek.

(Sumber - Bernama)