Thursday, November 23, 2017
vital-top
updated 9:49 AM UTC, Nov 23, 2017

'Bukan Gila' Dipentaskan Lagi Mulai Esok

TAIPING - Teater ‘Bukan Gila’ akan dipentaskan lagi di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Perak di Ipoh mulai esok hingga 15 Okt ini.

Ia dipentaskan mulai pukul 8.30 malam dengan membariskan pelakon antara lain Khatijah Tan dan Che Mat Raja Lawak.

Penerbitnya Mohd Yusop Othman berkata pementasan arahan Azhar Omar itu pernah dipentaskan bulan lalu dan ia dipentaskan semula setelah mendapat permintaan baik daripada peminat teater.

Tempahan tiket boleh dibuat dengan menghubunginya di talian 013-4040088/019-4273256.

 

Sumber : BERNAMA