Tuesday, October 17, 2017
vital-top
updated 7:20 AM UTC, Oct 17, 2017

OACC Anjur Festival Pulau Pangkor 2017

KUALA LUMPUR - Oriental Art and Cultural Center (OACC) akan menganjurkan Festival Pulau Pangkor 2017, yang meraikan kepelbagaian dalam seni, budaya, muzik dan makanan dalam kalangan penduduk pulau berkenaan.

Festival itu akan diadakan dari 25 Nov hingga 2 Dis.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan Elken Global dan Pengerusi Elken Foundation, AK Tan berkata selaku penaja utama festival, yayasan itu menyasarkan untuk mempertingkatkan kesejahteraan komuniti menerusi program tanggungjawab sosial korporat.

Festival ini membantu pengunjung dan penduduk setempat meningkatkan kesedaran dalam memulihara budaya Asia yang kaya sambil menyediakan peluang kepada penduduk setempat untuk mempersembahkan bakat mereka kepada pengunjung, sekali gus memperkayakan hidup penduduk di pulau ini dengan membina asas menerusi seni dan budaya.

Tan berkata selepas majlis pra pelancaran acara itu.

 

Sumber : BERNAMA