Tuesday, October 17, 2017
vital-top
updated 7:20 AM UTC, Oct 17, 2017

Sebanyak 92 Negara Akan Bersaing Untuk Oscar Filem Bahasa Asing

LOS ANGELES - Sebanyak 92 negara telah memasuki perlumbaan untuk meraih filem bahasa asing terbaik pada tahun depan, menurut satu pengumuman dari ¨Academy of Motion Picture Arts and Sciences¨.

Antara pesaing yang membuat ¨buzz¨ tahun ini ialah filem Angelina Jolie's "First They Killed My Father" dari Kemboja, Robin Camillo's "BPM (Beats Per Minute)" dari Perancis, Ziad Doueiri's "The Insult" dari Lebanon and Joachim Trier's "Thelma" dari  Norway.

Filem dari Sweden, "The Square," yang diarahkan oleh Ruben Ostlund, adalah pemenang kejutan di Festival Filem Cannes tahun ini dan juga di kalangan pesaing.

Peserta yang pertama kali termasuk bersaing adalah dari Haiti ("Ayiti Mon Amour"), Republik Demokratik Rakyat Lao ("Dearest Sister") dan Syria ("Little Gandhi").

Tahun lepas Oscar untuk filem bahasa asing yang terbaik pergi ke pengarah Iran, Asghar Farhadi, filem "The Salesman."

Farhadi memboikot majlis itu atas tuduhan visa Presiden Donald Trump yang melarang warga negara tujuh negara majoriti Islam, termasuk Iran, dari memasuki Amerika Syarikat.

Pencalonan bagi Anugerah Akademi ke-90 akan diumumkan pada 23 Januari dan majlis yang hebat akan diadakan pada 4 Mac di Hollywood.

(Sumber - AFP)