Tuesday, October 17, 2017
vital-top
updated 7:20 AM UTC, Oct 17, 2017

Komposer Muzik India Ilayaraaja Temui Peminat Malaysia Esok

KUALA LUMPUR - Komposer muzik tersohor India, Ilayaraaja kini bersedia untuk menghiburkan para peminatnya di Malaysia menerusi konsert 'Raaja-The One Man Live in Concert 2017' di Arena Axiata, Bukit Jalil esok, setelah tidak dapat berbuat demikian empat tahun lepas disebabkan masalah kesihatan

Ilayaraaja dan kumpulan orkestra serta penyanyi popular dari India seramai lebih 80 orang sedang menjalani latihan persiapan terakhir untuk memberikan persembahan terbaik dalam konsert julung kali diadakan di Malaysia itu.

Konsert ‘Raaja-The One Man Show’ itu dijadualkan bermula pukul 7 malam.

Ikon muzik yang telah menghasilkan kira-kira 6,000 buah lagu melibatkan lebih 1,000 buah filem pelbagai bahasa itu, tidak muncul pada saat-saat akhir konsert ‘King of Kings Maestro Ilaiyaraaja Live in Kuala Lumpur’ empat tahun lalu, berikutan faktor kesihatan.

Dijangka 15,000 peminat akan hadir ke konsert yang turut menampilkan penyanyi popular India termasuk Mano dan Chitra.

 

Sumber : BERNAMA