Tuesday, October 17, 2017
vital-top
updated 7:20 AM UTC, Oct 17, 2017

Pelakon Boy Iman Direman Semula Dua Hari Bermula Hari Ini

MUAR - Mahkamah Majistret di sini membenarkan tahanan reman selama dua hari bermula hari ini terhadap Pengarah Urusan DBI Properties Datuk Noruliman A. Rahman bagi membantu siasatan berhubung penipuan jualan rumah membabitkan nilai RM6.2 juta.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Nor'iza Mohamad di Kompleks Mahkamah Muar hari ini.

Sebelum ini, pelakon berusia 37 tahun yang dikenali sebagai Boy Iman, direman di Ampang selama dua hari bermula Selasa lalu (3 Okt) kemudiannya ditahan semula petang semalam, sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Muar (IPD).

Terdahulu suspek yang memakai baju lokap berwarna jingga dengan tangan bergari tiba di perkarangan mahkamah pada 9 pagi diiringi anggota polis.

 

Sumber : BERNAMA