Tuesday, October 17, 2017
vital-top
updated 7:20 AM UTC, Oct 17, 2017

Nicole Scherzinger Rancang ' Reunion' Dengan PCD

UNITED KINGDOM - Nicole Scherzinger merancang mahu 'reunion' dengan anggota Pussycat Dolls (PCD) yang lain selepas tujuh tahun berpecah.

Berita baik untuk peminat, PCD akan bergabung semula untuk membuat kemunculan serta persembahan bagi beberapa siri persembahan tidak lama lagi.

Perpecahan PCD berpunca selepas masing-masing sudah tidak mempunyai persefahaman.

PCD ditubuhkan pada tahun 2003 dan Scherzinger sebagai penyanyi utama, kumpulan ini bernaung di bawah pengurusan koreografer Robin Antin.

Mereka pernah mengeluarkan dua album, 'PCD' (2005) dan 'Doll Domination' (2008). Selain itu, Pussycat Dolls cukup popular menerusi lagu 'Dont Cha' dan 'Stickwitu' pada tahun 2005.

 

Sumber : MIRROR.CO.UK