Sunday, January 19, 2020
updated 1:23 AM UTC, Jan 19, 2020

10,000 peminat meriahkan konsert EXO di Kuala Lumpur

  • Published in Hiburan

KUALA LUMPUR - Kuala Lumpur digegarkan dengan jeritan hampir 10,000 peminat EXO yang dikenali dengan nama Aeris.

Mereka memenuhi Stadium Axiata Arena Bukit Jalil untuk menyaksikan konsert 'EXO PLANET #5 - EXplOration in Kuala Lumpur'.

Nampaknya kedatangan EXO membuatkan Aeris teruja dan pastinya gembira dengan persembahan mereka walaupun hanya dengan 6 daripada 9 orang ahli iaitu Baekhyun, Kai, Chanyeol, Sehun, Chen and Suho

Persembahan hebat dimulakan dengan lagu Tempo, Transformer dan Gravity tanpa henti. Setiap daripada mereka juga ada mempersembahkan persembahan istimewa buat peminat serta berjanji untuk kembali ke Malaysia lagi.

EXO merupakan kumpulan penyanyi terkenal Korea Selatan yang debut sejak April 2012 dengan lagu 'MAMA'.

Konsert selama 2 jam dengan persembahan lebih 25 buah lagu itu dianjurkan oleh Star Planet dan dipersembahkan oleh GETBATS.