Tuesday, September 26, 2017
vital-top
updated 3:17 AM UTC, Sep 26, 2017

Anugerah Khas Juri Sepanjang Zaman Digugurkan Pada FFM29

KUALA LUMPUR - Anugerah Khas Juri dan Karyawan Sepanjang Zaman akan digugurkan pada Festival Filem Malaysia Ke-29 (FFM29) yang akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), 23 September ini.

Ia antara enam kategori yang tidak dipertandingkan pada FFM29 kali ini.

Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) Datuk Fauzi Ayob berkata tahun ini, sebanyak 53 penyertaan filem cereka merangkumi filem Bahasa Malaysia (41), Mandarin (enam), Tamil (lima) dan Inggeris (satu).

 

Sumber : DALET BERITARTM