Tuesday, September 26, 2017
vital-top
updated 3:17 AM UTC, Sep 26, 2017

Patty Jenkins Secara Rasmi Menandatangani Kontrak Sebagai Pengarah Filem "Wonder Woman 2"

LOS ANGELES (AP) - Patty Jenkins telah menandatangani secara rasmi menjadi pengarah filem "Wonder Woman 2."

Wakil Warner Bros mengesahkan Jenkins kembali sebagai pengarah selepas majalah "Variety" melaporkan berita itu.

Jenkins secara meluas dijangka kembali untuk meengarahkan filem sekuel selepas filem "Wonder Woman" mencatat kejayaan dan jadi hit global memperolehi lebih daripada US$816 juta di seluruh dunia pada musim panas ini.

Rundingan mengambil beberapa bulan untuk menyelesaikan perjanjian untuk Jenkins kembali sebagai pengarah.

Reporter Hollywood melaporkan bahawa kontrak adalah berada di kisaran US$7 hingga US$9 juta, menjadikan Jenkins sebagai pengarah filem wanita yang berbayar tertinggi dalam sejarah. Studio itu tidak memberi komen mengenai pendapatan Jenkins.

Pelakon Gal Gadot juga akan memainkan peranannya sebagai pahlawan Amazon dalam sekuel itu, yang dijadualkan membuat tayangan teater pada Disember 2019.

(Sumber - AP)