Monday, November 20, 2017
vital-top
updated 3:10 PM UTC, Nov 20, 2017

Penyanyi Beyonce Mengalir Air Mata Semasa Melawat Mangsa Ribut Taufan Harvey

HOUSTON  - Penyanyi Beyonce balik ke kampung halamannya di Houston untuk membantu mereka yang terjejas oleh ribut taufan Harvey, dan memberitahu mereka, "Ini adalah perayaan untuk ikthiar hidup."

Diiringi oleh ibunya dan bekas rakan kumpulan pop Destiny's Child, Michelle Williams, Beyonce melawat mangsa pada hari Jumaat di Gereja St. John, tempat beliau membesar dan belajar menyanyi.

Beyonce menyapu air mata ketika mendengar cerita mereka, termasuk dari keluarga 16 yang melarikan diri ke Houston selepas dibadai ribut taufan Katrina dan kali ini melarikan diri dari rumah mereka melalui tingkap.

Beyonce memberitahu mereka, "Perkara yang sangat penting adalah kesihatan dan anak-anak anda, dan keluarga dan kehidupan anda."

Antara selebriti lain yang melawat mangsa Harvey di tempat perlindungan Jumaat ialah Janet Jackson, pelawak Kevin Hart dan pelakon Jennifer Garner.

(Sumber - AP)