Monday, November 20, 2017
vital-top
updated 3:10 PM UTC, Nov 20, 2017

Penyanyi Pop, Lady Gaga Berkata, Akan Rehat Dari Muzik


TORONTO - Penyanyi bintang pop, Lady Gaga mengatakan bahawa beliau rancang untuk "rehat" dari muzik dan "perlahan sebentar aktivitinya untuk penyembuhan."

Bintang pop itu berada di Toronto untuk persembahan konsert dan untuk hadir di tayangan dokumentari Netflix mengenai dirinya, "Gaga: Five Foot Two."

Filem itu, membuat tayangan di Festival Filem Antarabangsa Toronto, mengisahkan hidupnya, prestasi di konsert ¨Super Bowl Februari¨ dan kisah mengenai bagaimana beliau hadapi dengan sakit kronik.

Gaga mengalir air mata semasa bercakap kepada pemberita mengenai masalah kesihatannya. "Sukar," katanya, "tetapi ia juga membebaskan."

Penyanyi itu berkata bahawa dia masih akan terus kreatif semasa berehat dari muzik. "Ini tidak bermakna saya tidak mempunyai sesuatu yang akan muncul," kata Gaga.

(Sumber - AP)